Selain ibu tunggal dan mereka yang dibuang kerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), satu lagi kumpulan dalam kalangan wanita yang perlu diberi perhatian adalah 'keluarga generasi sandwich'. <br />Ini kerana, wanita yang berada di dalam kelompok ini adalah mereka yang perlu mengimbangi kerjaya pada masa sama menguruskan ibu bapa serta anak-anak di rumah.